Khamis, 29 November 2012

Cara-cara membuat topeng muka


                                                               
Bidang : Membentuk dan membuat binaan
Tajuk : Topeng Muka

Peralatan yang diperlukan untuk membuat topeng

1. Kad manila.
2. Gunting
3. Gam
4. Pensel warna / crayon / warna air
5. Penebuk lubang
6. Gelang getah atau tali getah

Cara-cara membuat topeng muka

1. Dapatkan ukuran jarak mata yang betul untuk memastikan kedudukan mata betul-betul pada lubang yang ditebuk. Caranya ialah dengan menekap sekeping kertas ke muka dan tanda kedudukan mata.

2. Kemudian tebuk dan tandakan bahagian tengah dengan satu garisan. Ini untuk memastikan topeng berada dalam keadaan tegak.

3. Lukis gambar yang diingini. Contohnya gambar muka arnab.

4. Gunting ikut bentuk lukisan dan tebuk lubang mata.

5. Warna dan hiaskan topeng mengikut kreativiti sendiri.

6. Ikatkan gelang getah atau tali getah di bahagian tepi yang telah ditebuk menggunakan penebuk lubang.

7. Topeng sudah siap untuk digunakan.  Untuk lebih memahami cara-cara untuk membuat topeng ini, sila lihat video di bawah. Selamat mencuba....


3 ulasan: