Selasa, 20 November 2012

BAHASA SENI VISUAL



Ø    Unsur Seni Visual
        Garisan
       Warna
       Jalinan
       Rupa
       Bentuk
       Ruang
Ø    Prinsip Rekaan
       Harmoni
       Kontra
       Penegasan
       Kepelbagaian
       Kesatuan
       Imbangan
       Ritma dan Pergerakan

UNSUR SENI
Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.

Unsur-unsur seni.
1. Garisan
2. Rupa
3. Bentuk
4. Jalinan
5. Ruang
6. Warna

1) Garisan
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.
Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.
1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik.
2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam  semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna.
3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan
     berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi.
4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media.
    Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.

Garisan dari alam semula jadi                     Garisan dari barangan buatan manusia
                          

2. Fungsi Garisan
  1. Garisan menghasilkan rupa
  2. Garisan menghasilkan bentuk
  3. Garisan mewujudkan ruang
  4. Garisan membentuk struktur dan bentuk
  5. Garisan menghasilkan jalinan
  6. Garisan menghasilkan motif
  7. Garisan menimbulkan kesan ton
  8. Garisan menunjukkan pergerakan
3. Contoh Jenis-jenis Garisan
                             
                                           a) Garisan Berbulu


                                         b) Garisan Tebal

                                        c) Garisan Nipis

                                         d) Garisan bertitik

                                         e) Garisan Berlingkar

                                        f) Garisan Berduri

                                        g) Garisan Putus-putus

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Bahasa Seni Visual, sila klik di SINI :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan